G-SKOT TRAIL



Gambar intro...ni la trail baru yang sedang cuba disiapkan untuk memenuhi hajat dan nafsu para penunggang atv yang inginkan lebih cabaran dan "zest"..banyak climbing trail baru ni, tapi tak de la teknikal gila babi...jangan takut "your safety our priority". Trek ni boleh layan pemandangan sambil mengasah skill naik dan turn bukit.


Trek ni dijangka akan dibuka pada bulan November atau Disember bergantung kepada keadaan cuaca dan masa serta fulus.. apa pun trek ni pada pandangan aku memang best dan agak mencabar berbanding dengan trail yang sedia ada dan sesuai dengan nama ATV All-Terrain Vehicle trek ni ada jalan berlopakmendaki, turun bukit dan bentuk mukabumi yang tak rata. Dipendekkan cerita datang sendiri dan alami sendiri pengalaman yang jarang-jarang nak dapat hatta kat Pavilion pun.


Apapun...tunggu pengumuman dan perkhabaran terkini dari pihak kami tentang trek G-Skot ni....sementara nak tunggu yang ni siap jom kita layan trail yang sedia ada dan tak kurang menariknya dan mencabar...apa lagi JOMMMM...